KLIP POLIS BERHEMAH
polis malaysia cukup berhemah
di bawah ialah klip polis berhemah
bayangkan kalau mereka tidak berhemah
bagaimana agaknya?
kah kah kah
ARKIB : 11/08/2011
POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH - utusan meloya
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.
Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.
"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.
"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.
"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.
"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.
"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.
"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.

RABU – RADIO BANGSAR UTAMA
rabu ialah stesen radio internet
rabu ialah stesen radio melawan
rabu ialah stesen radio melanggar
rabu ialah stesen radio cool
rabu ialah stesen radio chic
rabu ialah stesen radio radikal
layari sekarang:
www.radiobangsarutama.blogspot.com
www.radiobangsarutama.com
pada minggu ini
setiap malam dari jam 9.00 malam
siaran terus menerus
dari rabu akan dapat didengari:
berita bersih
berita menghasut
berita terkini
dari rabu akan berkumandang:
lagu punk rock
lagu rock klasik
lagu rock kapak
lagu metal
lagu perjuangan
lagu melawan
lagu sosialis
lagu komunis
lagu lagu perjuangan dari seluruh dunia
sesekali lagu mat bunga
sesekali lagu mat jiwang
jadi cool jadi kawan rabu
BE COOL – BE DARE