KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat inilah hikamah polituk jalan raya
inilah kerkuatan politik jalan raya
segala bentuk kejahatan terbuka
segala bentuk kebaikkan terserlah
- polis ganas
- gerombolan mula tuduh menuduh
- gerombolan mula retak
- mat mongol salahkan kerismudin dan sembab senag hati
- mula nak lari tanggung jawab
- media dunia terus bantu
- bbc kutuk
- aljazera kutuk
dan
- demo boleh ubah tarikah pru13
- kita kantoikan rancangan mat mongol
tapi paling penting
antara 200- 300 ratus ribu
anak anak muda
para demonstran
yang turun bedemo
akan benci gerombolan
bayangkan berapa juta
yang di rumah yang mula benci gerombolan
kerana itu demonsatrasi
ada kuliah politik terulung
GRADUAN POLITIK JALAN RAYA

KETUA WANITA MCA MELAKA PERTAHAN TINDAKAN - mkini
Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.
Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.
"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.
"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.
Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.
Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.
Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan.
"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu.
--------------------------------------------------------------
PROGRAM MELAWAN MAKAN INI DI DEWAN CHINA
jemputan untuk semua
mebincangkan bersih 3.0
untuk mereka di luar kuala lumpur
sila layari radio bangsar utama
radio bangsar utama akan membuat
liputan terus menerus dari dewan china
SATU JEMPUTAN KE FORUM

JEMPUTAN KE FORUM PASCA BERSIH 3.0: KEGANASAN POLIS DAN MEDIA ‘BLACKOUT’ DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR – SELANGOR (KLSCAH) PADA 3 MEI 2012, JAM 8.30 MALAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersempena dengan pasca perhimpunan Bersih 3.0 minggu lalu dan Hari Kebebasan Akhbar pada 5 Mei ini, Akademi Pak Sako dengan kerjasama laman portal JalanTelawi.com akan menganjurkan forum khas yang bertemakan Bersih 3.0: Keganasan Polis dan Media ‘Blackout’. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 3 Mei 2012
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH)
Ahli panel : 1. Hishamuddin Rais (Aktivis BERSIH / blogger TukarTiub)
2. Fathi Aris Omar (Editor laman berita Malaysiakini.com)
3. Latheefa Koya (Peguam hak asasi manusia, Lawyers for Liberty)
4. Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI)
5. Haijan Omar (peguam yang dibelasah sewaktu himpunan Bersih 3.0)
Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari ke majlis ini serta memohon kerjasama saudara/saudari untuk memajukan jemputan ini seluasnya.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program, saudara Mohd Zulfadzli Abdul Halim di talian 019-2717548.
Sekian, terima kasih.
NAJWAN HALIMI
Penyelaras Akademi Pak Sako