CUKONG DIBELAKANG PROJEK INI

KOMENTAR TUKAR TIUB
penduduk kawasan ini mahu padang mereka
penduduk kawasan ini tidak mahu kawasan mereak di rosakkan
tetapi cukong telah masuk
cukong telah beri duit
persoalan ialah:
siapa kah yang telah dirasuah oleh cukong?
kes ini sama macam kes syarikat santau radio aktif lyanas
rakyat pahang tidak mahu santau radio aktif
rakyat gebeng tidak mahu santau radio aktif
tetapi ada yang telah dirasuah
maka kilang santau radio aktif ini dilukuskan
mondus operandi para cukong ini sama
para cukong akan mencari politikus melayu
beri amoi
beri duit
bawak bercuti ke luar negara
akhirnya tanah kompleks sukan ini terjual kepada cukong
SIAPA TELAH DIRASUAH CUKONG

PKNS MESTI MEMBATALKAN CADANGAN PEMBANGUNAN KELANA JAYA
Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan
pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak
sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi
besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara
keseluruhan.
Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut
dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ dan saya
sendiri dibekalkan maklumat yang sama.
Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan
secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor
dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.
MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa
Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah.
Sebelum ini saya telah menggesa agar perkara ini dibawa ke
Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembentukan
jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut.
Saya mengalu-alukan pengumuman tersebut untuk menyiasat sebarang
salahlaku di dalam hal ini tetapi saya percaya sudah tiba masanya PKNS
mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana
Jaya demi kepentingan masyarakat. Projek ini jelas sekali tidak dapat
diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan
kontroversi ini dengan segera.
NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI DEWAN NEGERI SERI SETIA
layari radio bangsar utama sekarang:
