Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160

SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA

$
0
0



SELAMAT BERPESTA SESAMA MANUSIA

















NOTA:
kita selalu mendabik dada
bahawa kita sahaja yang betul
ajaran yang lain semua salah

kalau kita mencampuri mereka
ada juga dikalangan mereka
yang mengatakan kita juga salah

tidak ada sesiapa yang memonopoli kebenaran
kebenaran bukan milik agama
kebenaran wujud tanpa agama
kebenran wujud kerana kebenaran

agama ialah kepercayaan
ada yang percaya
ada yang tidak percaya
inilah keindahan kehidupan
terpencar pencar
dan berbagai bagai

seharusnya kita merayakan kepelbagian
seharuanya kita merayakan perbezaan
seharusnya kita merayakan rencan ratus budaya

dunia akan menjadi bosan
jika semua jalan di penuhi dengan mek dogal
dunia akan menjadi bosan
jika semua kota diselirati oleh 7/11
dunia akan jadi bosan
jika dimana mata memandang ternampak kentuki fried fuck

rayakan kehidupan ini
hidup hanya sekali
hidup ini bukan bikin filem
hidup tidak ada reshoot
hidup ini tidak ada ulang tayang

untuk sambut perayaan maulud dul rasul nabi isa ini
tukar tiub hadiahkan rubaiyat omar khayyam:

DALAM PARSI



terjemahan inggeris
:
Khayam, if you are intoxicated with wine, enjoy!
If you are seated with a lover of thine, enjoy!
In the end, the Void the whole world employ
Imagine thou art not, while waiting in line, enjoy!

terjemahan makna:
In life devote yourself to joy and love
Behold the beauty of the peaceful dove
Those who live, in the end must all perish
Live as if you are already in heavens above.

terjemahan melayu:
khayam jika air anggur itu menyoronokan kamu, nikmatilah
jika kamu bersama kekasih, nikmatilah
akhirnya dunia ini berakhir jua
nikmatilah hidup ini seolah kamu dalam syurga

rubaiyyat dari tukar tiub:
tuangkan ke cangkir itu si anggur merah
gesekan kecapi itu sampai ke pagi
aduh ! hidup ini
betapa indahnya
ianya hanya sekali




SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA


kecoh sangat tentang tarikh lair nabi Isa(dalam bhasa yahudi disebut Yeshua atau Yesha, dlm bahasa bible disebut Yesus). mazhab2 dlam kristian pun berbeza pendapat tentang tarikh lahir Isa. sama macam Islam Syiah berbeza pendapat dgn Islam Sunnah tentang sunnah(perbuatan) nabi muhamad, sama macam Islam mazhab hanafi dan mazhab shafie berbeza pendapat tentang hukum hudud. memang Santa Claus takde dalam Al-quran, dalam Bible pun tak ada.

Santa Claus adalah budaya mat salleh. sama macam amalan memberi duit raya masa hari raya aidilfitri, beri duit raya tak ada dalam Al-Quran. Isa adalah nabi semua agama Samawi (Islam, Kristian, dan yahudi). Maka, kita kena iktiraf. soal tarikh lahir itu remeh temeh. takkan ucap merry krismas pd kristian pun boleh murtad??
By Non-Governmental Individual on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA on 12/24/11







Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160