Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68239

RAJA PORNO KENA TIBAI OLEH AMK

$
0
0


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

18 Oktober 2012

AMK Kutuk Chua Soi Lek Mengarut Dan Alih Fokus

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengutuk kenyataan Presiden MCA Dr. Chua Soi Lek yang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Dakwaan Chua hanya berdasarkan SMS yang tidak dapat mengesahkan pengirim menunjukkan Chua semata-mata mengarut dan cuba mengalih fokus rakyat yang benci terhadap rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh UMNO/BN.

Dr. Chua Soi Lek telah banyak kali memilih untuk mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011. Dr. Chua juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa politk wang bukan rasuah dan sebagainya yang langsung tidak memahami kebencian rakyat terhadap kerajaan yang rasuah dan bukannya hokum hudud.

AMK berpendapat bahawa Dr. Chua masih dalam keadaan berkhayal serta ilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memutar-belitkan serta mengelirukan. Dr. Chua langsung tidak ada keupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan UMNO/BN yang menyeleweng.  

AMK menyindir Dr. Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, siber café dan refleksologi akan ditutup. Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen siber café dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua Soi Lek.

AMK menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka. PAS telah bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN dalam Pakatan Rakyat dan mendokong agenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku JIngga. Perjuangan PAS untuk merealisasikan sebuah Negara berkebajikan juga disokong oleh semua ahli parti dan rakyat Malaysia.

Yang mendukacitakan adalah MCA yang masih mempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik. MCA rela untuk menjadi alat politik perkauman UMNO dan langsung tidak berupaya untuk membantah kerajaan perpaduan di antara UMNO dan PAS. 

Oleh itu, AMK berpendapat bahawa Dr. Chua Soi Lek telah ketandusan idea dan tidak berupaya bersaing dengan Pakatan Rakyat atas dasar atau halatuju pembangunan Negara yang sepatutnya.

Maka Pilihanraya Umum yang akan datang amat penting dan significant untuk rakyat merealisasikan perubahan yang perlu ada di Malaysia. Selamatkan Malaysia daripada rasuah dan penyelewengan supaya menjadi sebuah Negara yang demokratik, bebas dan adil. 
     
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia




Viewing all articles
Browse latest Browse all 68239