DIROBOH UNTUK GEDUNG KAPITALIS

UTAMAKAN KEPENTINGAN AWAM - meloya
ALOR SETAR 28 Dis. - Kerajaan Pas Kedah perlu menggunakan kaedah fiqh yang lebih menyeluruh iaitu mengutamakan 'maslahah ammah' atau kepentingan awam berhubung keputusannya mahu merobohkan Madrasah Salihiah di sini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berkata, Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah 'istibdal' (wakaf gantian) terhadap tanah wakaf khas milik madrasah itu untuk meneruskan keputusannya.
"Walaupun beliau (Azizan) hendak 'istibdal' tanah wakaf khas itu tetapi beliau tidak boleh tolak kepentingan orang ramai yang menuntut madrasah itu dikekalkan.
"Pucuk pimpinan negeri perlu bijak kerana dalam pemerintahan, pokok pangkal dalam membuat keputusan adalah mengutamakan 'maslahah ammah'," katanya.
KOMENTAR TUKAR TIUB
jangan silap faham
apa yang ditulis oleh tukar tiub
bukan hal siapa salah dan hukum apa?
yang cuba dimunculkan oleh tukar tiub
ialah bukti bhawa kuasa lobi kaum pemodal lebih
kuat dari kuasa agama
ayat
hukum dan hukum
boleh dicari dan digunakan oleh lobi kapitalis
untuk menghalal projek mereka
ini bukan pasal ada tempat ganti
ini bukan pasal telah dipersetujui ramai
ini bukan pasal majlis fatwa setuju
ini bukan pasal di mekah pun ada buat yang sama
bukan bukan bukan
ini hanya bukti bahawa pelobi kapitalis lebih
kuat dari pelobi agama
jangan nak putar putar
jangan nak pusing pusing
NOTA:
mengikut akta warisan bangunan yang berumur
lebih dari 50 tahun adalah harta warisan
justeru:
merutuhkan warisan ini bukan kerja pas saja
gerombolan telah banyak merobohkan warisan
apa yang saheh ialah kuasa pemodal lebih kuat
dari akta warisan
apa yang saheh ialahn kuasa pemodal lebih kuat
dari kuasa agama
NOTA:
dalam bahasa inggeris ini adalah :
the power of capital
is stronger over the power of religion
