NELAYAN PALING COOL
SAYA
LEBIH SENANG JADI NELAYAN SEMULA – harakah daily
KOTA
BHARU: Presiden PAS, Tuan Guru Abdul
Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta
jawatan.
Justeru,
beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana
Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.
Beliau
berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada
Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana
Menteri.
"Saya
sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan
memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya.
"Apa
yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang
dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk
rakyat.
"Seperti
yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup jadi nelayan balik.
Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat," kata beliau pada
sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik hari ini.

