RIWAYAT ITU SETAKAT INI
Mengikut tuan yang empunya ceritera ada pun riwayat Bik Mama ini amatlah panjang berjela-jela.
Kalau diukurkan ke bumi maka seluas bumilah ianya. Kalau diukurkan ke laut maka
seluas lautlah ianya. Kesah Bik Mama diturunkan dari telinga ke telinga. Dari mulut ke mulut.
Dari rumah ke rumah. Maka riwayat Bik
Mama semakin berpanjangan.
Sang Nelayan yang memasang tajur di Laut China Selatan telah
bercerita. Si Penoreh yang menunggu
getah membeku telah membuka kesah Bik Mama.
Anak- anak dara yang menunggu padi dijemuran senyum luas bila mendengar
kesah Bik Mama. Dari sawah naik ke ladang, dari denai masuk ke kolam , dari darat belayar ke laut, dari kampong masuk ke pekan
- orang ramai telah sambut
menyambut menyambung cerita Bik Mama.
Menurut tuan yang empunya ceritera riwayat Bik Mama ini merayau berligar hingga pada satu hari, pada satu ketika, dimalam bulan penuh
berbintang, ketika angin sepoi-sepoi bahasa, ketika unggas nyenyak tidur, ketika bara menjadi abu , saperti
telah tertulis dalam kitab-kitab yang
terdahulu maka riwayat Bik Mama ini akhirnya
sampai juga ke face book.

Santero negeri di Alam Melayu berkesahlah mendengar riwayat Bik Mama ini. Kecuali saekor mahlok yang bernama Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq yang tidak tahu menahu tentang sejarah riwayat Bik Mama dari daluhu hingga sekarang.
Ada pun mengikut tuan yang empunya ceritera Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq dilahirkan tidak cukup bulan. Maka perangainya amatlah poyo lagi membosankan. Tidak berani membuat apa apa keputusan. Telah juga luas disurahkan hinggakan kanak-kanak dalam buaian tahu dan sedar tentang kesah Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq ini yang tidak tamat belajar. Dua kali Najeeb ditangkap meniru. Kemudian Si Najeeb ini lari dari sekolah kerana mencuri papa batu. Kesah ini sedang disimpan rapi. Hanya face book sahaja yang maha mengetahui.
Ada pun Si Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq ini adalah laki
kepada Bik Mama. Si Najeeb yang amat poyo ini tidaklah sedar, tidaklah Najeeb ini sedar bahawa bini di rumah
ialah seorang betina gila glamor. Si Najeeb ini tidaklah pula tahu menahu kesah bininya sebelum dijadikan bini telah ke hulu ke
hilir dari Kota Melaka ke Kota Bahru menabur benih membuka lukah. Bik Mama telah memasang perangkap untuk
menjerat Tambi anak Cik dan Musa anak Anuar.
Mengikut riwayat face book ini ada disebuah kampong yang lain adalah seorang Anak
China pemain guli yang maha perkasa. Dari
seluruh kampong hingga ke kota Anak China ini
telah menjadi jaguh guli yang luar biasa. Perlawanan demi perlawanan dikatakan Si Anak China ini telah berjaya menjadi
juara. Dari kampong ke kota, dari desa ke
desa Si Anak China telah berpindah randah bermain guli sekehendak
rasa. Tidaklah pernah Si Anak China ini
menjadi kecewa kerana setiap kali dirinya bertarung setiap kali muncul sebagai juara.
Maka tersebar luaslah kesah Anak China bijak berguli. Maka
canang dipukul tabuh diketuk. Orang berkerumun untuk melihat Anak China bermain
guli. Hebat sungguhlah Anak China ini
hingga menjadi iklan Samsung dan Ubat Tupai Jantan.
Maka kesah Anak China bermain guli ini akhirnya sampailah juga ke telinga Bik Mama. Kesah Anak China dikerumuni oleh orang ramai.
Kesah Anak China mendapat laporan akhbar. Kesah Anak China mendapat laporan tv.
Gambar Anak China menjadi hiasan majalah
santero benua. Dari Benua Keling hingga ke Benua China rakyat jelata
bersorak menyambut si Anak China. Semuanya menjadikan Bik Mama geram terjelir
lidah. Cemburu nak glamour yang tak sudah-sudah.
Anak China ini muncul
di Bi Bi See. Kesah hidup Anak China ini muncul di Si Ant Ant. Filem Anak China ini akan dibuat di Hong Kong.
Semua surah ini mengeramkan Bik Mama.
Bila Bik Mama geram maka lakinya si Najeeb semakin kecut. Maka Bik Mama pun
mengarahkan Najeeb menyediakan tandu untuk mengosong Bik Mama pergi
berjumpa dengan Anak China.
Ketika tandu sedang dibuat maka Bik Mama puln mulalah bersenam. Sekali Bik Mama mengeliat bergegar seluruh kampong. Sekali Bik
Mama berjoging sepuluh batang
pokok kelapa tercabut umbut. Sekali Bik
Mama membongkok melepas angin sepuluh batang pokok getah tercabut akar. Sekali
Bika Mama sedawa tujuh buah dulang
terbang melayang. Bagitulah gagah gempitanya tubuh badan Bik Mama
mengikut labon face book.

Tetapi awas ! Segemok gemok Bik Mama tidak mungkin Bik Mama dapat menandingi Rosmah Mansor. Mengikut Surat
Akuan bersumpah Haji Desas bin Lebai Desus,
adalah seorang betina lain yang bernama Rosmah Mansor yang lebih hebat dan lebih besar tubuh
badannya dari Bik Mama. Cukuplah
diriwayatkan sebagai bahan bukti bahawa hingga ke hari ini belum ada lagi dacing
yang sanggup menimbang berat badan Rosmah Mansor. Bagitulah cerita setakat ini yang disurahkan. Tidak lebih dan tidak kurang.
Kalau kurang – face booklah yang kurang. Kalau lebih face booklah yang lebih.
Dipendekkan cerita
satelah tujuh hari dan tujuh malam maka tandu pun siap dibina. Maka Najeeb pun mulalah mengosong Bik Mama
untuk mencari Anak China pemain guli yang diberitakan telah dinobatkan sebagai
pemain guli terulung untuk seluruh dunia.
Pusing punya punya pusing maka sampailah berita rupa-rupanya Anak China pemain guli ini akan
bernikah dengan seorang gadis cun lagi langsing yang juga jaguh pemain guli. Sampailah ke pengetahuan Bik Mama bahawa pesta berguli-guli ini akan berlangsung dalam satu pesta selama tiga hari tiga malam.
Maka Najeeb, si laki yang takutkan bini ini terkesut-kesut mengosong
Bik Mama dalam tandu menuju
ke tapak pesta ini.
Mengikut kata sahibul
hikayat, mengikut surah face book, pesta
perkahwinan Anak China ini amatlah gah. Tetapi
kenduri kahwin Chung Wei tidaklah dapat
menandingi gahnya kenduri kahwin anak Ali Rustam. Maka berpestalah kaum kerabat Anak China ini dengan kawan kawan dan tetamu jemputan.
Dipendekan cerita maka Bik Mama pun sampai ke padang pesta ketika Anak China
sedang bersanding. Bik Mama tidak
membenarkan lakinya masuk ke padang
pesta. Bik Mama tidak mahu media tahu bahawa
Bik Mama ini sudah banyak berlaki. Bik Mama mahu dilihat solo
bersendirian agar orang ramai akan menganggap Bik Mama ini masih lagi anak dara
sunti bermata jeli saperti Humi Hulfidah.

Bik Mama pun mengheret badannya ke hadapan pelamin. Sesampai
ke hadapan pelamin mengikut kesah yang
dikesahkan Bik Mama pun melaung
menjerit. Kerana yang duduk bersanding dengan Datuk Lee Chung
Wei bukan Wong Mew Choo bakal interinya yang slim lagi cun. Tetapi duduk membadak disebelah Chung Wei ialah Rosmah Mansor.

Maka bertambah bencilah
orang China kepada Rosmah Mansor. Mengikut riwayat yang tersebar di face book ramai tamu jemputan pada pesta
itu terus pulang. Mereka tidak
sanggup dan tidak berselera lagi untuk
menjamah makanan. Ramai tamu muntah
terbahak-bahak apabila melihat muka
Rosmah Mansor.
Bagituklah kesahnya setakat ini yang tersebar di face book.
Apa yang terjadi seterusanya tidaklah hamba
ketahui. Hamba disini hanya tukang
pembawa cerita. Hamba akhiri riwayat ini dengan satu pepatah : kancil sama kacil duduk bersanding tetiba gajah duduk ditengah tengah. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akbar mingguan ini sila pukul
talipon : 03-22-72-40-45
tulisan ini telah disiakan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akbar mingguan ini sila pukul
talipon : 03-22-72-40-45