Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68137

ANAK MUDA MEMULAKAN TAHUN BARU!

$
0
0



SALUT ANAK MUDA BANGUN MELAWAN!






KEGANASAN POLIS

1hb Januari 2012

Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera.

Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong.

Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negerimemohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat







KEADILAN MENGECAM KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA

KEADILAN mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris secara ganas pada awal pagi ini.

Difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli. Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik.

Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai.

Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River. Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.

Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..

Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis.

Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik.

KEADILAN berharap Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa sebarang makna.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT







Viewing all articles
Browse latest Browse all 68137