MELAWAN SISTEM SPR
Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang
sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan
untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan
dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan
menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan
Nasional.
Justeru : Apakah dianya sistem pilihanraya SPR itu?
Mari kita fahami dahulu lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah
lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya
dilantik oleh Agong. Ini sebenarnya hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini
adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation.
Memang betul Agung melantik Pengerusi
SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek.
Tetapi hakikatnya yang memberi nama kepada Agung untuk mengepali SPR ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah
Najib Razak. Najib Razak ialah Presiden
United Malays National Organisation. Period.

Pada ketika ini Parti United Malaya National
Organisation sedang bernafas dalam lumpur. Presidennya Najib Razak dikatakan
terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah
Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.
Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri
Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya
dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah
menjadi induk perbualan rakyat Malaysia
Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj - sedang menjadi-jadi dalam United Malays
National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai
Perdana Menteri. Malah direncanakan agar
Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi
hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini
bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang
menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk
terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib
mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM.
Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk
meminggirkan calon-calon yang dianggap
kurang setia kepada Najib dan Rosmah. Atau lebih tepat pagi calon-calon
pro-Muhyiddin.
Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut
pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan
PRU13?

Awas! Mustahil? Mustahil
untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana
kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan
melimpah ruah. Dari segi yang lain saya
berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang
bercanggah.
Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke
Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari
kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan
Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?
Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai
kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar
untuk memastikan tidak ada parti-parti
politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays
National Organisation.
SPR ini adalah tembok pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan
raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang lengkap dimana musuh United Malays National
Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan
diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi
rakyatnya tahu bulan May tahun hadapan
ialah bulan pilihan raya. Warga Iraq
dan Afghanistan yang sedang berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah
belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan
untuk menipu.
Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya
amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini
warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan
dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.
Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas
undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik
penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk menafikan dapat kertas undi sekali lagi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan
pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan
mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’ ini selamat SPR telah membuat peraturan bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri
tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100
meter dari tempat mengundi.
Apa maknanya ini? Ini
adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan
pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan
Mat Indon yang datang menyamar sebagai
pengundi. Seratus meter mustahil dapat
dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.
Didalam bilik mengundi ada
PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan
Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja
PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi. Meja PACABA diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi tetapi untuk memerhatikan punggung dan
belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang
diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan
Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi
mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap
satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi
lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.
Saya juga juga belum menyentuh ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal
Pengundi yang lahir pada tahun 1974
tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi yang
lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009. Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975
tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari
sistem SPR.
Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya
tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai satu sistem. Justeru saya katakan bahawa
dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National
Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu
membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih
wujud kerana sistem pilihan raya yang
diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan
dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga Bersih.
Untuk memastikan PRU13 berjalan bersih dan adil orang ramai wajib memberi amaran kepada
United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan
menipu di PRU13. Amaran ini datang dari satu juta orang ramai yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat.
Satu juta ke Stadium Negara pada 12
Januari hanyalah amaran awal.(TT)
NOTA:
tulisan inin telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon 03- 22-72-40-45

-------