BANGUN DAN LAWAN

NOTA:
anak anak muda
para pelajar
para mahasiswa
genggam tangan kamu
ancungkan ke langit
laungkan suara demokrasi
jika kamu bangun seluruh negara
esok kita bukan saja ada naib cancelor baru
kita semua akan masuk ke dunia baru
malaysia yang merdeka
malaysia yang menolak bendera uncle sam]
malaysia yang menolak lagu terang bulan
yakinlah
dunia ini akhirnya
adalah milik anak muda!
HANYA SAEKOR BADAK BERENDAM

DEMO UPS: MAHASISWI DISINGKIR DARI KOLEJ KEDIAMAN – mkini
Seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim yang terbabit pada perhimpunan pro-kebebasan akademik, Ahad lalu sehingga menyebabkan pergelutan berdarah dengan pihak polis telah disingkirkan dari kolej kediaman universiti itu.
Menurut penyelaras kumpulan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli Abdul Halim, pelajar wanita itu dimaklumkan keputusan itu semalam selepas beliau dibebaskan daripada tahanan polis.
Adam Adli ketika dihubungi hari ini berkata setiausaha LMP Siti Nurul Piteriah Abdul Halim telah disingkirkan dari kolej kediaman Aminuddin Baki, UPSI.
Katanya, seorang lagi pelajar universiti itu yang mengambil bahagian dalam demonstrasi menjelang Tahun Baru juga mungkin menghadapi tindakan disiplin, tetapi ini belum disahkan.
