KE JALAN RAYA
MENENTUKAN NASIB NEGARA
INI KERAJAAN HARAM
Keputusan PRU12 menunjukkan bahawa jumlah undi popular di
Semenanjung dimiliki oleh Pakatan Rakyat. Jumlah yang mengundi Pakatan Rakyat di Semenanjung
melebihi dari yang dipungut oleh United Malays National Oganisation dan kuncu-kuncunya
dalam Barisan Nasional. Tetapi Parti
Ketuanan Melayu ini masih dapat berkuasa.
Kuasa datang melalui undi dari Sabah dan Sarawak.
Minggu lalu Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah ( SSDS) telah
membuktikan bahawa beratus ribu pendatang haram telah diberikan kad pengenalan segera
untuk tujuan mengundi. Si Pendatang haram ini datang dari Filipina, Indonesia
dan ada juga dari Pakistan. Kad pengenalan segera ini adalah upah untuk pendatang haram ini mengundi
United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.
Justeru, lapuran awal SSDS ini secara lojik membuktikan bahawa kerajaan United Malays National Organistion hari ini adalah kerajaan haram dan TIDAK SAH.
Laporan awal SSDS membuktikan kemenangan
PRU10, PRU11 dan PRU12 – semuanya berpaksikan pendatang haram.
.jpg)
Sekarang barulah rakyat Malaysia faham. Barulah nampak
sejelas mata hari pagi akan makna ‘ safe deposit’ yang selalu dihamburkan oleh
mulut Najib. Safe Deposit atau simpanan
tetap ini ialah pengundi haram warga asing yang telah diberi kad pengenalan
segera. Pendatang haram ini menjadi pengundi setia untuk memastikan United
Malays National Organisation terus berkuasa.
Perdana Menteri Mahathir, Menteri Megat Junid, Datok
Mustapha, Harris Salleh telah
berkerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara, dengan Suruhanjaya Pilihan
Raya, Setiausaha Negara, Ketua-ketua Jabatan dan Polis DiRaja Malaysia. Semua dirancang dengan rapi. Semuanya di
rancang awal sebelum pilihan raya umum
dijalankan.
Mondus operandinya cukup senang: Mahathir arahkan Megat Junid, si Megat ini memangggil
para ‘taiko’ di Sabah. Megat Junid, walau pun sibuk berjudi tetapi masih sempat
mengarahkan JPN dan SPR untuk bersuhabat membuat kerja jahat ini. Para
‘taiko’ di sabah mengumpulkan pendatang haram terutama dari Filipina. Pendatang haram ini diberi kad pengenalan
dengan arahan: Si Pendatang Haram akan mengundi United Malays National Organisation.
.jpg)
Cerita yang saya tulis ini bukan kesah dongeng. Semua orang
Sabah terutama penduduk di Sandakan tahu
kesah ini. Mereka bukan sahaja tahu malah mereka adalah sebahagian dari penduduk yang mengelilingi kota Sandakan. Mereka juga adalah orang-orang yang
‘ kad pengenalan’ segera telah ‘digunting’ oleh polis. Mereka menjadi mangsa kuasa. Mereka dipergunakan
setiap kali pilihan raya sampai. Kenapa Sandakan? Kerana jarak kota Sandaka
hanya 40 minit dengan kapal laut yang laju dari Filipina. Jarak dekat inilah
yang menjadikan Sandakan ‘kota sarang’
pengundi hantu.
Mari kita beralih untuk melihat apa yang sedang berlaku di
Semenanjung. Pada PRU10 tahun 1999 – Terangganu telah jatuh ke dalam tangan
PAS. Kejatuhan ini adalah sebahagian
dari ombak Rreformasi 98. United Malays National Organisation telah memulakan
rancangan awal untuk merampas kembali Terangganu.
Lalu ditimbulkan isu royalti. Menafikan duit royalti minyak itu sebenarnya
adalah ‘decoy’ yang sengaja dibuat. Isu royalti minyak ini bertujuan untuk
mengkaburi mata ahli-ahli Pas
bahawa template Sabah sedang dibawa ke
Terangganu.
.jpg)
Hasilnya dari template Sabah kerajaan Pas di Terangganu
tumbang. Malah paling memeranjatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi
melintasi 90%. Ini satu rekod pencapain demokrasi di Malaysia. Malah lebih memeranjatkan ialah jumlah
pengundi yang keluar mengundi melebih jumlah nama yang tersenarai dalam daftar pengundi.
Ini dinamakan “ Operasi Projek Terangganu’.
Ini adalah bukti bahawa template
Sabah telah dibawa ke Terangganu.
Tahun lalu lagi saya telah menulis berkali kali tentang
Projek Terengganu walau pun ketika itu SSDS masih belum wujud. Tetapi saya
telah mengkaitkan template Projek Terangganu dengan apa yang sedang berlaku di
Selangor. Ini bukan tohmah. Ini bukan khabar angin. Ini bukan propaganda. Ini
fakta. Projek Terengganu sedang berjalan di Selangor.
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah mengajukan
134,000 nama pengundi di Selangor ke
pada SPR. MB Selangor menerangkan kepada SPR bahawa 134,000 nama pengundi Selangor telah
ditemui. Dan nama-nama ini tidak
diketahui asal usul mereka. Mereka tidak
ditemui dialamat yang mereka akui rumah mereka. Tidak ada jiran
tetangga yang kenal mereka.
Tanpa berselindung Pengerusi SPR telah memberi jawapan kepada
MB Selangor. Pengerusi SPR berkata : jika ada nama dalam Senarai Pengundi maka
orang itu boleh mengundi. Ini jawapan jahat dari SPR.
Sabar dulu. Biar saya kesahkan disini bahawa saya baru sahaja
pulang dari Sandakan. Di Sandakan saya berpeluang menemui satu sosok bekas
‘taiko Sabah’. Sosok ini telah
ditahan ISA kerana Operasi Durian Busuk. Mengikut Si Polan bekas tahanan ISA
ini dalam template Sabah si pengundi ini BUKAN hanya diberikan satu kad
pengenalan. Ada yang mendapat empat kad
pengenalan. Empat?
Ertinya – jika
template Sabah ini digunakan di Selangor maka Si Pengundi hantu ini pada
paginya akan mengundi di Serdang, tengah hari mengundi di PJ Utara, petang
mengundi di Bukit Lenjan dan akhirnya ke
Lembah Pantai.
.jpg)
Memang betul untuk pertama kalinya dakwat kekal akan digunakan di Malaysia
Tetapi Malaysia menggunakan dakwat kekal
bukan saperti negara-negara lain dalam
dunia. Dalam dunia ini orang ramai
mengundi dahulu kemudian baru
jari dicelup dengan dakwat kekal.
Di Malaysai kita ‘calit’
dakwat kekal dahulu kemudian dapat kertas undi. Ada calitan dakwat bukan
tanda TAK BOLEH DAPAT KERTAS UNDI. Di Malaysia ada tanda calit dakwat kekal TANDA
BOLEH dapat kertas undi. Ini bezanya
penggunaan dakwat kekal di Iraq, di India atau di Bangladesh.
Di Malaysia
penggunakan dakwat kekal dirancang dengan licik untuk memastikan dakwat kekal
ini selari dengan template Sabah. Template Sabah membolehkan pengundi mengundi
hingga empat kali. Jelas ini bukti dengan liciknya template Sabah ini sedang digunakan untuk memastikan United Malays National
Organisation menang.
Jangan lupa ada 240,000 pekerja SPR yang menjadi Pengundi Awal.
Pengundi awal juga adalah pekara baru yang akan diperkenalkan. Mereka ini telah
diberi bengkel tentang apa dia ‘template Sabah’. Pekerja SPR ini adalah sebahagian
dari tim yang akan menggunakan konsep ‘kira sampai United Malays National
Organisation menang.’
.jpg)
Untuk saya kerajaan hari ini adalah kerajaan tidak sah.
Kerajaan hari ini adalah kerajaan haram. Sebuah kerajaan haram wajib digulingkan. Tindakan awal untuk para aktivis dan pekerja
parti ialah ambil ialah menerangkan kepada orang ramai kenapa kerajaan United
Malays National Organistion hari ini kerajaan haram.
Penerangan dan kesedaran ini adalah wajib. Ini kerana
kerajaan haram ini sedang merancang untuk meneruskan kuasa melalui penipuan.
Jika template Sabah terus dipakai di Selangor dan Selangor jatuh : jawapan kita
ialah turun ke jalan raya.
Sabah telah muncul dengan slogan yang cun lagi klasik. Slogan ini berbunyi: Ini Kali Lah. Tepat. Ini kalilah kita berdemo
hingga pilihanraya baru yang bersih dan adil dijalankan. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul
talipon 03- 22-72 -40-45
HANYA JALAN RAYA
YANG MENBAWA PERUBAHAN

------