KOMENTAR TUKAR TIUB
baca berita dibawah
apa makna berita ini?
berita ini hanya tentang pembatalan sidang akhbar
sidang akhbar pakatan rakyat
kenapa berita pembatanlan ini pun menjadi berita
ini kerana pakatan rakyat bagitu ampoh sekali
ini kerana pakatan rakyat begitu popular
ini kerana pakatan rakyat adalah pilihan ramai
maka berita pembatalan pun menjadi berita
tetapi awas!
dibelakang pembatalan ini
ada berita tentang ceramah malam ini
ini cukup memeranjatkan
kenapa diselitkan berita ceramah malam ini?
apakah telah ada beberapa pengarang yang terjun kapal?
apakah telah ada beberapa pengarang dah mula beli insuran?
NOTA:
sesiapa nak beli insuran
sila jumpa stokis
di johor stokis ialah musa hitam
di selangor stokios ialah musa hassan
MALAM INI
DI KAMPONG BARU
Sidang akhbar manifesto
pembangkang di KL dibatalkan
KUALA LUMPUR 21 Mac - Sidang akhbar pakatan pembangkang berhubung pelancaran manifesto parti itu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dijadual pada pukul 10 pagi ini telah dibatalkan.Sidang akhbar itu yang sepatutnya diadakan selepas mesyuarat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini, dibatalkan tanpa sebarang makluman.
Seorang kakitangan Kelab Sultan Sulaiman memaklumkan kepada Utusan pihak berkenaan telah membatalkan tempahan bilik mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun terdapat kain rentang yang dipasang di luar kelab itu memaklumkan satu ceramah akan diadakan mengenai manifesto terbabit pada pukul 8 malam ini. - MELOYA
BUKU AKAN TERBIT
TULISAN HISHAMUDDIN RAIS
rujukan untuk anak muda
melakar dunia

---------