GAMBAR SIAPA
DI BAJU ORANG JAHAT?
DI BAJU ORANG JAHAT?
KOMENTAR TUKAR TIUB
selepas 25 hari operasi daulat
diumumkan yang musuh kini tinggal
hanya 10 orang sahaj lagi
kelmarin ahad
ada berita baik dalam akhbar
dilaporkan dua orang penganas ditangkap
apakah ertinya kini hanya ada lapan orang sahaja lagi
orang jahat dan penceroboh dari sulu
maka persoalan hakiki timbul
apakah perlu 7 batalion askar
untuk mencari 8 penjahat?

Polis Tahan Dua Lelaki Sulu, Senjata Dirampas
LAHAD DATU: Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi AHad.

Lahad Datu: Musuh Kini Kurang Daripada 10 Orang
LAHAD DATU: Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.
Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Februari lepas iaitu kira-kira 200 orang.
"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini Jumaat.
Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.
SEBUAH BUKU
TULISAN HISHAMUDDIN RAIS
---------