Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160

APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA BANGSA

$
0
0






PENCERAHAN DARI PEMBACA
TT, lihat poster Karnival Dewan Bahasa Dan Petaka ni, tengok senarai aktiviti2 dia dan sila kah kah kah http://i.imgur.com/YlHDnFI.jpg on TUKAR TIUB MEMECAH BERITA LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 6/20/13

SATU INGATAN UNTUK SEMUA

KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan saksikanlah
betapa telah merosotnya 
gudang fikir melayu
gudang ilmu melayu
gudang inteligensia melayu

satu ketika dahulu  gedung inilah 
penaung   pemikir bangsa
tongkat waran keris mas
kassim ahmad baha zain
rustam sani rohani rustam
saleh haji yusop dan dan dan

ribuan lagi pejuang bangsa sastera dan budaya

gedung ini menjadi benteng
benteng  bahasa dan budaya
gedung ini menjadi rujukan bangsa
gedung ini menjadi pemula sandiwara dan teater
gedung ini pemangkin fikrah bangsa

poster ini memiliki tanda dan makna
tentang kemerosotan bangsa
poster ini ada satu penghinaan terhadap
fikrah  dan tamadun melayu
yang kini hanya sanggup melakukan
pertandingan memakan kauci


pertandingan karakoke
pertandingan memasak


apa sudah jadi?


apa sudah jadi dengan keilmuan tun seri lanang
apa sudah jadi dengan keilmuan mushi abdullah
apa sudah jadi dengan magnum opus  salalatus salatin

apa sudah jadi?

kesakitan bangsa   ini telah sampai ke kemuncak
jika poster ini tidak membuka mata 
jika poster ini tidak menusuk hati dan jiwa
jika poster ini tidak menjadi tanda alamat 
hancurlah hancur

apakah  kini pemikir bangsa hanya boleh 
menyusun pertandingan menghias kek

apakah kini pemikir bangsa hanya berupaya
mengadakan  kempen derma darah

apakah pemikir bangsa TIDAK sedar
bahawa  pertandingan memakan kauci itu
bukan satu metapora
bukan satu kiasan 
memakan kauci ialah 
cara pelacur membunuh masa
ketika menunggu pelanggan

akhirnya gedung yang membuka 
wacana  keranda 152
kini hanya menjadi keranda


------

Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160