Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160

TIPU PILIHAN RAYA - TURUN JALAN RAYA

$
0
0


Awas Pilihanraya Jadi Permainan Orang Kaya

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Lee Khai Loon bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh forum analisis pasca Pilihanraya Umum Ke-13 yang diadakan olehUniversiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pilihanraya telah menjadi permainan orang kaya.

Pandangan tersebut perlu diambil perhatian kerana rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang pilihanraya yang penuh dengan penipuan dan rasuah agar prinsip demokrasi tidakkehilangan nilai asalnya.

Dalam Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, undang-undang telah menetapkan perbelanjaan setiap kerusi dewan undangan negeri tidak boleh melebihi Ringgit Malaysiaseratus ribu, manakala kerusi parlimen tidak boleh melebihi Ringgit Malaysia dua ratus ribu.

Namun demikian, selama ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak berupaya untuk menguatkuasa peraturan-peraturan pilihanraya dengan professional dan adil. Dalam banyak aduan tentang pembelian undid an rasuah khasnya melalui badan “Satu Malaysia” yang terang-terang membeli undi masih bermaharajarela. Jumlah kewangan yang dibelanjakan oleh “Satu Malaysia” adalah terlampau tinggi dan tidak dipantau.

Sebenarnya, rakyat Malaysia telah sedar bahawa “gula-gula” yang diedarkan oleh parti-parti tertentu akhirnya juga perlu dibayar oleh rakyat sendiri. Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak bertindak  terhadap penguatkuasaan beli undi, malahan membiarkan ahli-ahli politik bersekongkol dengan golongan usahawan besar yang cuba memanipulasikan keputusan pilihanraya terus berleluasa.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, maka perbelanjaan pilihanraya perlu diawasi ketat serta memastikan pilihanraya dijalankan dengan adil dan saksama. Perbelanjaan kos pilihanraya perlu ditumpu dalam usaha menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi serta meningkatkan kesedaran rakyat terhadap hak dan kuasa mereka dalam sistem demokrasi di Malaysia.

AMK berpendapat bahawa peminpin dan calon UMNO/BN yang tidak jujur, sikap suruhanjaya pilihanraya yang tidak professional dan pilih kasih, telah menyebabkan hak asasi dan kepentingan rakyat tergadai atas politik rasuah. Kesemua ini jelas membuktikan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh forum tentang ‘pilihan raya akan menjadi permainan orang kaya” bukannya sesuata yang tidak berasas, malah satu amaran kepada semua rakyat untuk mengelakkan demokrasi negara digadaikan. 


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
ADUN Machang Bubuk, Pulau Pinang


---------

Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160