Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160

JANGAN BUAT SANDIWARA

$
0
0





KOMENTAR TUKAR TIUB
tolong jangan buat sandiwara
tolong jangan buat tak tahu
tolong jangan cuba cari cari sebab
tolong jangan cuba tanya tanya

harga ayam naik
harga barang makanan naik
ini adalah hukum 
ini adalah syarat 
dalam sistem ekonomi kapitalis

jangan buat tak faham

dalam sistem ekonomi kapitalis
jika ada permintaan maka akan ada pengeluaran
jika ada permintaan maka akan wujud pembekal

lagi banyak permintaan
lagi mahal  harga bekalan

ini lah yang sedang berlaku
inilah sebab harga ayam naik
malah ini sebab harga barang naik

permintaan di musim perayaan
adalah masa yang terbaik untuk
melipatkan gandakan untung
jangan buat buat bodoh 
jangan buat buat tak tahu hal ini 

tolong jangan tipu orang kampong
tolong jangan tipu orang melayu
tolong jangan bodohkan orang melayu

jangan pusing pusing salahkan peruncit
jangan putar alam salahkan orang tengah
jangan salah kan tok peraih
jangan salahkan ah chong

selagi ekonomi memakai sistem kapitalis
selagi itulah barang akan naik harga
kerana ini hukum dan tabiat ekonomi kapitalis

ekonomi kapitalis bertuhankan untung


Ayam
SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mencari mekanisme berkesan dalam menangani masalah kenaikan harga ayam yang saban tahun berlaku sehingga membebankan pengguna terutamanya menjelang musim perayaan.

Ayam: Kerja orang tengah?
Ayam: Kerja orang tengah
SHAH ALAM – Kenaikan harga ayam bukan disebabkan oleh penjual dan pengeluar semata-mata tetapi berpunca daripada orang tengah yang mengambil kesempatan apabila permintaan meningkat.




------

Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160