Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160

TAMAROD KEMPEN TANDA TANGAN

$
0
0






 KEMPEN TANDA TANGAN



 GARIS POLITIK ANAK MUDA
“ Saya, yang menandatangi ini dengan penuh kesedaran adalah ahli Perhimpunan Nasional untuk Rakyat Mesir, dengan ini mengumumkan  tidak lagi percaya kepada Presiden Republik, Dr.Mohamed Morsi Isa al-Ayyat, dan meminta diadakan pilihan raya presiden sacepat mungkin. Saya berpegang tegoh dengan garis revolusi. Berusaha  untuk menjayakan revolusi. Akan menyebarkan garis revolusi kepada orang ramai.  Ini bertujuan  untuk mendirikan sebuah masyarakat yang bermaruah, adil dan merdeka. “

Dengan ayat-ayat ini anak-anak muda Mesir telah memulakan kempen tanda tangan untuk menuntut Presiden Morsi letak jawatan. Kempen ini berpayung dibawah kumpulan  yang memanggil diri mereka TAMAROD atau MELAWAN atau BERONTAK.  

Minggu lalu saya telah cuba menerangkan latar tentang apa yang sedang berlaku di Mesir.  Masyarakat dunia telah menerima hakikat bahawa telah berlaku rampasan kuasa di Mesir. Kutukan demi kutukan telah diterima. Presiden Morsi telah  dan masih ditahan oleh tentera. Kerajaan sementara telah ditubuhkan. Satu Perlembagaan baru sedang dibuat. Pilihanraya Presiden dijanjikan akan dijalankan sacepat mungkin. Tentera berjanji  akan mengundur.

Ketika saya menulis ini kumpulan penyokong Morsi masih lagi berhimpun di sekitar Masjid Rabiah Al-Asdawiyah. Dalam masa yang sama berpuluh ribu anak muda Tamarod masih juga berhimpun di Dataran Tahrir.

Jumlah warga Mesir yang gugur terus bertambah. Ada yang menjadi mangsa soldadu. Ada yang terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong dan penentang Morsi. Hakikatnya keadaan politik Mesir dan ekonomi Mesir masih belum stabil. Suasana masih cair dan tegang. Bulan puasa ini disambut oleh warga Mesir dengan penuh  tidak ketentuan. Ditambah pula dengan melonjaknya harga bahan makanan.

Pada hemat saya, bukan satu yang senang untuk memahami apa yang berlaku di Mesir. Negara ini adalah salah sebuah negara tertua yang penuh dengan sejarah. Mesir – saperti China dan India – adalah salah sebuah negara  membawa tamadun  dan pencerahan kepada umat manusia.

Mesir selain dari memperkenalkan  beer  dan alkohol telah juga  memperkenalkan kosep Tuhan dan konsep Yang Maha Esa kepada umat manusia. Ribuan tahun dahulu tamadun ini telah  diperintah oleh  Firaun, telah diperintah oleh Raja, pernah di jajah oleh  Rome Kuno, Napolen pada tahun 1798 datang menaklok Mesir.  British, Itali dan Peranchis – kuasa imperialis Barat ini – semuanya pernah menjadi tuan kepada Mesir.

Politik Mesir moden bermula dengan Revolusi 1952 apabila soldadu  merampas kuasa dari Raja. Kumpulan tentera yang memanggil diri  mereka Free Officers Movement telah  menghalau Raja Farouk dari bumi Mesir. Rampasan kuasa tentera ini telah melahirkan  Republik Arab  Mesir.

Gamal Abdel  Nasser menjadi presiden kedua pada tahun 1956. Nasser  sama saperti Presiden Sukarno adalah kaum nasionalis yang memperjuangkan  kemerdekaan  dan bangun melawan penjajah. Nasser bekas seorang kolonel yang anti imperialis  yang telah membawa garis politik progresif ke dalam politik Mesir dan bumi Arab.  Justeru kita akan gagal  memahami peranan soldadu dan tentera Mesir  jika kita  hanya berupaya mengambil contoh  tentera-tentera  dari negara bekas tanah jajahan British.

Contohnya : Dari segi sejarah   Askar Melayu diRaja didirikan oleh British bukan untuk melawan British tetapi untuk menjaga kepentingan British. Askar Melayu bukan melawan British tetapi melawan ‘orang yang melawan British’.  Ini tidak berlaku dalam budaya soldadu dan tentera mesir. Tentera Mesir telah bangun bertamarod menentang British. Tentera Mesir telah bertamarod menghalau kaum feudal. Apa yang  saya maksudkan ialah soldadu Mesir ini memiliki sejarah menyebelahi rakyat.

Mari kita lihat apa yang telah terjadi yang menyebabkan  tentera Mesir merampas kuasa. Semua bermula apabila anak-anak  muda Mesir  sedar bahawa Revolusi Pertama mereka telahdibajak. Cita-cita untuk mendirikan Mesir yang lebih demokratik telah gagal. Presiden Morsi dari parti Ikhwan Muslimin telah gagal untuk menunaikan janji pendemokrasian.

Tuntutan utama anak muda ialah untuk mengenal dan mendakwa   mereka yang bertanggung jawab keatas kematian lebih dari 100 orang dalam Revolusi Pertama. Menuntut agar dilakukan dasar ekonomi yang membantu kaum miskin. Mengambil dasar pro-Palestin dan memutus hubungan dengan Israel.  Morsi tidak ambil  pot.

Ada satu langkah politik Morsi  yang cukup memeranjatkan Mesir. Morsi telah meluluskan satu dekri dimana Sang Presiden tidak boleh didakwa dakwi. Ini mengejutkan seluruh rakyat Mesir dan meyakinkan  orang ramai bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dekri ini telah ditentang habis-habisan. Tidak dapat tidak Morsi yang telah menunjukan sikap anti demokrasi  terpaksa  memansuhkan dekri ini.  Dekri saperti ini tidak pernah wujud walau pun dalam 30 tahun pemerintahan Mubarak.  Semua ini menjana  gerakan pendemokrasian untuk menyingkirkan Morsi.

Pada pertengahan bulan  April 2013  – anak-anak muda telah memulakan  kempen tanda tangan menuntut Morsi mengundur.  Kempen dibawah payung Tamarud ini hanya bercadang untuk mendapatkan 15 juta tanda tangan. Angka 15 juta diambil sebagai menganjing. Ini  kerana Morsi mendapat sokongan 13 juta pengundi.  JusteruTamarod mahu dilihat  mendapat 2 juta  sokongan yang lebih banyak dari apa yang Morsi dapat dalam pilihan raya presiden.

Presiden Morsi pada awalnya telah memperlekehkan kempen ini. Sama saperti yang sering berlaku dalam politik Malaysia, Subhi Saleh  seorang  pemimpin Ikhwan Muslimin telah menyifatkanh kempen Tamarod ini sebagai ‘gerakan cemburu’ . Tidak cukup dengan ajenda  ‘cemburu’  Ahamad al-Mughayyir ketua Pemuda Ikhwan telah mencadangkan  agar anak muda dibelakangTamarod ini dilucutkan kerakyatan.

Presiden Morsi akhirnya telah mengarahkan Polis  untuk menahan pemimpin pelajar dan anak muda yang melancar kempen Tamarod. Penangkapan berlaku - 10 orang pelajar dari Universiti Cairo dan 4 dari Universiti Sohag telah ditahan. Mereka ditahan dengan  menggunakan undang-undang  yang sering digunakan oleh  Mubarak untuk menggodam anak muda dan mahasiswa. Ini sama saperti yang berlaku di Kedah – negeri Pakatan Rakyat -  pada tahun 2011 yang lalu.  Menteri Besar Azizan telah menggunakan AUKU – yang ditentang oleh Pakatan Rakyat -  untuk membuang  5 orang anak mahasiswa dari pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Tanpa disangka-sangka kempen tanda tangan  Tamarod ini telah melimpah ruah ke seluruh Mesir. Dari bandar  ke pekan, dari pekan ke kampong. Akhirnya  22 juta tanda tangan telah dikumpulkan. Dengan ini Tamarod merasa bahawa masanya telah sampai untuk Presiden Morsi  mengundur.

Pada 30 Jun 2012  yang lalu warga Mesir sekali lagi telah turun ke jalan raya. Sama ada 10 juta atau 15 juta atau 30 juta warga Mesir telah turun ke jalan raya menuntut Morsi mengundur akan terus menjadi tajuk bualan dan dibincangkan. Untuk saya ini tidak penting. Apa yang penting ialah Tamarod  - gerakan anak muda - telah mengambil garis politik yang tepat. Tamarod telah mengambil wadah  jalan raya untuk membuka ruang demokrasi.

Presiden Morsi telah diberi  tarikh mengundur.  Dalam ucapan akhirnya sebagai Presiden , Morsi telah berkata hampir 30 kali tentang haknya sebagai presiden . Sayangnya  tidak sekali pun Presiden Morsi menyentuh tentang keadaan ekonomi rakyat atau menyentuh tentang tuntutan jutaan anak muda yang sedang berkumpul di Dataran Tahrir. Justeru 3 hari kemudian tentera masuk  untuk mengambil alih kuasa.

Dari sini timbul persoalan apakah peranan  tentera itu demokratik atau anti demokratik. Dalam bab ini  perbincangan masih diteruskan. General Abdel-Fattah el-Siss berkata tentera Mesir  mencelah masuk untuk memastikan daulah Mesir tidak runtuh.


 Kita wajib sedar  walau pun  tentera Mesir memiliki sejarah pro rakyat , lembaga ini  juga telah berjaya dirasuah oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun. Tentera  Mesir kini telah menjadi elit politik dan elit ekonomi di Mesir. Pembaca mungkin susah untuk melihat jelas tentang peranan tentera Mesir ini. Ini kerana di Malaysia ini peranan soldadu kita  hanya satu - untuk mempertahankan negara dari serangan musuh luar. Tentera Malaysia belum pernah menjadi kuasa penentu arah politik tanah air dan belum pernah berperang.

Tentera Mesir lain coraknya. Dalam konteks politik Timur Tengah , Mesir adalah negara Arab yang terbesar dengan  84 juta penduduk. Tentera Mesir terulung dibumi Arab. Tentera Mesir  pernah berjaya memerangi Israel pada Perang Oktober 1973 untuk mendapatkan kembali Semenanjung Sinai. Hanya Perjanian  Camp David  1978 yang membatalkan permushan antara Mesir dengan Israel.

Tentera Mesir wajib dimandulka. Amerika melihat tentera Mesir  sebagai bala tentera yang berpontesi melawan Israel. Justeru tentera Mesir telah, sedang  dan akan terus  di persenjatai dan diberi dana oleh Amerika. Bukan bertujuan untuk menyerang  Isreal. Diberi dana agar tentera Mesir sentiasa tunduk setia untuk menjadi  budak suruhan kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika tahu bagaimana pada satu ketika dahulu dibawah Presiden Nasser bukan sahaja Mesir menjadi progresif malah politik Mesir yang anti feudal telah mempengaruhi dunia Arab. Syria telah bersatu dengan Mesir pada tahun 1958. Pengaruh Mesir di Iraq membawa kepada rampasan kuasa pada tahun 1958 dan dihapuskan kuasa Raja. Di Libya Kolonel Gadaffy telah merampas kuasa pada tahun 1969 dan menghalau  Raja Idris – sama saperti yang telah dilakukan  oleh Gamal Abdel Nasser pada tahun 1952

Fahaman  nasionalis  anti feudal  dari tentera Mesir ini jelas mengancam kepentingan kuasa politik dan ekonomi ekonomi  Anglo-Amerika.  Sistem ekonomi kapitalis  yang berpaksikan bahan bakar petrolium akan runtuh jika telaga minyak ini dimiklili dan dikawal oleh kaum  nasionalis  progresif.

Jangan hairan apabila Presiden  Obama  terus memberi sokongan senjata   dan lambakan dana kepada tentera Mesir. Harus dihitam putehkan disini bahawa bahawa  negara pertama yang mengitiraf rampasan kuasa di Mesir  datang dari Saudi Arabia. Ini diikuti dengan berbilion dolar  yang dijanjikan oleh  Saudi, Kuwait dan Qatar kepada rejim baru di Cairo.  Apa  makna semua ini? ( TT) ...bersambung


 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melangggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03 -92-21-1045




---------

Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160