KOMENTAR TUKAR TIUB
ini berita amat amat baik
jika anwar masuk penjara
sekali lagi ombak rakyat
akan turun ke jalan raya
united malays national organisation sedar hal ini
kerana itu ancaman penjara ini
hanya nak acah acah aje
NOTA
najib bila pulak
akan ke paris?
kah kah kah
Fitnah II: Cubaan penjarakan semula Anwar
(KUALA LUMPUR 21 Julai: Rayuan terhadap keputusan kes Fitnah II adalah cubaan Umno BN untuk mengheret semula Anwar Ibrahim ke penjara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurut Surendran, Mahkamah Tinggi telah membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut pada Januari tahun lalu dan umum mengetahui ia merupakan konspirasi politik peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.
Malah, katanya, konspirasi itu turut melibatkan institusi seperti polis dan pejabat peguam negara diketuai Abdul Gani Patail.
“Rayuan ini tak sepatutnya difailkan. Semua orang tahu Gani Patail (peguam negara) orang suruhan Umno. Mahkamah dan polis hanya digunakan untuk menindas dan memenjarakan Anwar,” kata Surendran.
GARIS POLITIK TEPAT
WADAH JALAN RAYA
PENENTU MASA DEPAN

-------