AKU TERLIHAT INI - LALU AKU TERINGAT

SIAPA SI GADIS INI?
lalu aku teringat
lalu aku ingin bertanya
siapa kah gerangan gadis ini?
di manakah istana mahligai gadis ini?
lalu aku ingin bertanya
baiknya hati gadis ini
sucinya hati gadis ini
sesuci salji di khutub utara
sesuci air tujuh petala
jika sekiranya langit runtuh
jika sekiranya hujan lebat
jika sekiranya petir berdentum
dan jai dan ezi melarikan diri
lalu aku berharap anjing anjing aku
akan bertemu dengan gadis ini
hendak hendaknya
segala anjing anjing dalam dunia ini
akan berdoa dan berdoa
agar di murahkan rezeki gadis ini
hendak hendaknya
segala unggas dalam dunia ini
akan berdoa dan bersembahyang
agar di panjangkan umur gadis ini
demi segala dewa dewa
demi segala ungas dan seranga
akan tunduk hormat pada si gadis ini
lalu aku tersedar
jika gadis ini melintas di hadapan mata
apakah aku akan mengenali si gadis ini