Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160

GUNAKAN BAJU HUJAN UNTUK PISANG ANDA

$
0
0




SARKOT ADALAH PENYELAMAT BAYI





PENCERAHAN DARI PEMBACA

Inilah salah satu bukti yang amat kukuh bahawasanya FAHAMAN KIRI amatlah penting bagi pembangunan minda rakyat Malaysia dan patut disokong oleh semua rakyat Malaysia. Setiap tahun ramai bayi Melayu yang menjadi mangsa disebabkan masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu yang prejudis terhadap perempuan yang mengandung sebelum berkahwin.

Orang Melayu harus menerima kenyataan bahawa ramai orang Melayu yang melakukan kesalahan setiap hari contohnya melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Jadi bila mereka ini mengandung sebelum berkahwin, janganlah kita menghukum mereka. Sebaliknya kita patut menolong mereka memperbaiki kesalahan mereka. Kes buang bayi di Malaysia paling tinggi dikalangan masyarakat Melayu (menurut statistik 99.99% kes buang bayi di Malaysia ialah Melayu). Mengapa?

Jika kes mengandung sebelum kahwin berlaku di kalangan masyarakat Cina atau India dan lain-lain, ibu bapa mereka akan cuba menyelesaikan masalah anak mereka dengan menyuruh anak mereka berkahwin. Jadi gadis perempuan yang sudah mengalami tekanan jiwa kerana mengandung sebelum berkahwin tidaklah "stress" sangat, kerana mereka mendapat sokongan daripada keluarga yang memahami masalah mereka dan cuba menyelesaikan masalah mereka dan menerima hakikat bahawa anak gadis mereka akan melahirkan seorang cucu untuk mereka.

Tetapi jika ianya berlaku dikalangan masyarakat Melayu, maka adalah golongan yang suka jaga tepi kain orang lain (macam ahli-ahli JAIS yang mahu gadis-gadis perempuan yang mengandung sebelum kahwin dihukum berat - contohnya rotan & sebat) dan suka mengumpat. Jadi ibu bapa Melayu mendapat malu tidak menerima hakikat bahawa anak gadis mereka telah mengandung.

Jadi sudah tentu anak gadis mereka akan cuba sedaya upaya menyembunyi kesalahan kerana jika diketahui ramai, maka gadis yang sudah mengalami tekanan jiwa ini akan menghadapi banyak tekanan lagi. Sebab itu ramai gadis-gadis Melayu yang melahirkan bayi sebelum nikah akan membuang anak mereka kerana takut dihukum sebat oleh golongan fanatik macam JAIS, Zul Nordin, Harussani, dan Hassan Ali.

Manakala golongan lelaki Melayu pula yang membuat anak gadis orang mengandung tidak akan bertanggung jawab dan mengaku kesalahan mereka kerana mereka takut status kealiman mereka jatuh. Mereka yang munafik ini lebih mementingkan status agama mereka (kerana mereka tidak mahu dipandang rendah oleh golongan macam Hassan Ali) daripada tanggung jawab mereka sebagai bapa kepada bayi yang dilahirkan luar nikah. Jadi saya harap lebih ramai masyarakat Melayu membuka minda mereka supaya kes buang bayi tidak berlaku lagi.

Jika anak gadis kamu mengandung, terima sahajalah hakikat dan takdir. Marah tu marahlah tetapi janganlah kita menghukum anak kita yang sudah stress itu. Kerana sebab takut dapat malu atau disebat oleh Hassan Ali, gadis-gadis Melayu lebih rela membuang bayi mereka. Apalah nak jadi dengan masyarakat Malaysia? Gadis perempuan yang mengandung sebelum bernikah kita ejek-ejekkan dan mahu mereka dihukum sebat, tetapi penjenayah macam Shahrizat, Rahim Tamby Chik, & Khir Toyol yang mencuri wang rakyat mendapat gelaran Datuk Seri, jawatan Senator, menteri dan dipanggil Yang Berhormat.
By Pro-KIRI on SARKOT UNTUK KESELAMATAN ANDA on 3/12/12






Viewing all articles
Browse latest Browse all 68160