KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau kali ini gerombolan
tidak dibhumbankan maka
ianya akan datang sekalai lagi
kali ini gerombolan akan lebih ganas
gerombolan akan terus merompak
gerombolan akan terus menipu
gertombolan akan terus menindas
justeru
kita wajib bertekad
sebelum pilihanraya
kita ke jalan raya!
hanya jalan raya yang akan menentukan
sama ada pilihanraya kita
jujur telus dan adil
tanpa jalan raya
kita akan ditipu lagi!

BN HEMPUK RAKYAT JIKA MENANG PRU13 – harakah daily
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Penderaan dari segi ekonomi dan keperitan hidup adalah balasan yang disediakan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jika ia menang dalam pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Hari ini, semua kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan apa sahaja bebanan ke atas rakyat ditangguhkan.
"Semuanya akan dihempuk ke atas kepala rakyat sebagai balasan kepada rakyat selepas BN menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
"Bersedialah untuk menahan diri anda dihempuk dengan penderitaan demi penderitaan akibat penyiksaaan BN selepas ia menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Sejak lebih setahun lalu, kata Mohamad, rakyat didendangkan betapa kerajaan kononnya menanggung beban akibat pelbagai subsidi untuk rakyat.
