Quantcast
Channel: Tukar Tiub
Viewing all articles
Browse latest Browse all 68181

LAGI DI TAHAN LAGI DI LAWAN

$
0
0




LEHER DICEKEK POLIS DI KL SENTRAL







15 MAHASISWA DITAHAN POLIS – harakah daily

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Polis bertindak menangkap 15 orang mahasiswa yang mengadakan perhimpunan flashmob menuntut kebebasan akademik di KL Sentral dekat ibu negara petang ini.

Mereka antara kira-kira 40 orang pelajar yang hadir berkumpul kira-kira jam 4 petang tadi yang diketuai pengerusi perkumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Mohd Safwan Anang.

Difahamkan, belum beberapa minit sempat mereka berkumpul, sekumpulan anggota polis datang menghalang mereka dan mengarahkan bersurai.

Enggan berbuat demikian, polis kemudiannya bertindak menangkap 15 daripada mereka dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Travers di sini.

Bantahan senyap hari ini diadakan mereka bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta autonomi akademik dijamin pihak kerajaan.



NOTA:
15 orang masih belum cukup
1500 orang pun belum cukup
15,000 orang pun masih tak cukup

150,000 turun ke jalan raya
baru bermula satu gerakan!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 68181